The Government of Brunei Darussalam

sidebar.gif (10867 bytes)

Versi Bahasa Inggeris

Sejarah Ringkas

Mula ditubuhkan pada 1 Julai, 1954 sebagai salah sebuah Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Adat Istiadat Negara, Ugama dan Kebajikan Masyarakat yang ditempatkan di Pejabat Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan (sekarang dikenali sebagai Bangunan Sekretariat). Penubuhannya adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (sekarang dikenali sebagai Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) dengan melantik Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohamed Alam sebagai Pegawai Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Masyarakat.

Pada 29 September, 1959 dengan tertubuhnya Pejabat Ugama maka tinggallah Jabatan yang dikenali dengan Jabatan Adat Istiadat Negara dan Kebajikan Masyarakat. Pada tahun 1962 Pejabat Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan pejabatnya sendiri. Sejak itu Pejabat Adat Istiadat Negara telah menjadi sebuah jabatan yang bersendirian yang diketuai oleh pegawai yang sama. Pada tahun 1968 Jabatan Adat Istiadat telah berpindah ke Bangunan Lapau.

Sejak ditubuhkan, Jabatan Adat Istiadat Negara telah dikurniakan keistimewaan untuk berhubung terus kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai dengan penganugerahan penghormatan negara kepada seseorang individu.




|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||